Dari Kaca Mata Ke Penulisan Yang Datang Dari Jiwa.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Aku menulis dari jiwa. Aku menulis dari pandangan kaca mata ku sendiri.Aku menulis dari pandangan dan sudut yang berbeza.Kerana apa yang ku lihat itu kadang-kala sukar ditafsir dengan kata-kata

Thursday, 14 July 2011

Pentingnya Menyemat Jati Diri Sebagai Seorang Penyokong

Selepas beberapa hari aku launch blog nie....agak bz sedikit serta kekangan waktu akibat kerja yang terlampau banyak minggu nie...Well isu nie agak lapuk kalo nk cerita..tapi aku still nk mengupas sikit demi sedikit tentang semangat jati diri yang ada pada Malaysian skunk nie....

Ya, bola sepak Malaysia sedang meningkat naik...Kehadiran peminat boleh dikatakan bertambah sedikit tolak peminat kt Kota Bharu (stadium memang penuh ) . Akan tetapi ape yang menghairankan KMS ialah apabila perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan negara kita menentang pasukan lain (xtermasuk exhibition match) kehadiran penonton agak kurang....nk dikatakan venue perlawanan xsesuai xjuga sebab perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Sebelum nie perlawanan diadakan di luar Kuala Lumpur....akan tetapi mengapa kehadiran peminat kurang..?? Harga tiket..?? RM20 jew bukan mahal pon....tetapi senario kebanjiran peminat akan ada sekiranya perlawanan akhir atau pun suku akhir yang melibatkan pasukan negeri mahupun pasukan negara.....selepas itu kehadiran di stadium boleh dianggarkan sekitar 30k-40k sahaja.....

KMS agak pelik dengan fenomena yang dah lama berlaku nie....x kira la dimana stadium sekalipun.....sebelum ini mungkin kekangan masa dan bajet menyebabkan kehadiran peminat agak kurang tapi bila masuk perlawanan akhir SNBJ sentiasa penuh...agak hairan ya...Ada dikalangan peminat mengatakan " ala tengok final lagi best.." hurmmm so kalo team anda x masuk final xpergi stadium la ye...begitu..??

Bulan ini jadual padat skuad Harimau Malaya dengan exhibition match dengan team dari EPL serta mengharungi kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Singapura. Diberitakan bahawa kehadiran penyokong kelab EPL agak ramai. Ye ar bile lagi nk tgk Suarez , Torres , Carroll, Van Persie etc beraksi depan mata. Minat x salah itu minat masing2. Agak mengecewakan KMS apabila SNBJ dipenuhi warna pasukan lawan bukan pasukan kebangsaan. Nama pun Stadium Nasional Bukit Jalil. Bukan Emirates , Anfield  atau Stamford Bridge. Xsalah meminati pasukan EPL itu hak anda. Tapi apabila gelanggang sendiri dipenuhi penyokong dan peminat pasukan lawan, ia agak memalukan. Come on la lu orang warganegara Malaysia ,IC kaler biru nape tiba-tiba jadi mat saleh celup nie...??

Ibarat pergi berperang tetapi memakai seragam lawan akibatnya kawan yang menjadi mangsa. Pentingnya menyemat jati diri sebagai rakyat Malaysia. Kita harus berbangga dengan pasukan kita sendiri. Ya memang pemain kita x setaraf bintang2 EPL tetapi dengan sorakan padu sokongan yang tidak berbelah bagi sape tau mungkin satu hari nanti ade pemain kita yang mencipta nama di arena antarabangsa seperti Safee Sali.

KMS juga agak terkilan dengan beberapa statement rakan-rakan KMS seperti " Liga Super mcm haram baik gua layan EPL" xpun  " Pemain Malaysia nie layak eyh kene maki jew"... statement kurang matang begini la kadangkala KMS marah dan berang. KMS pernah juga meluahkan amarah semasa di stadium. Tapi amarah KMS bukan untuk menjatuhkan pemain tersebut tetapi menaikkan semangat. Agak pelik sedikit bukan. Sejak melibatkan diri didalam budaya ultras nie, satu kelainan dapat dirasai pada diri KMS. KMS tidak peduli sekiranya pasukan kesayangan tewas. Bagi KMS kalah-menang perkara biasa sekarang kalau menang bagusla kalo kalah dah xde nasib.

Sebagai penutup KMS menyeru rakan2 supaya menyematkan jati diri sayangkan negara pada jiwa amda. Kalau anda tidak sayangkan negara anda sape lagi..???



nota kaki : KMS - Kaca Mata Shahmi. sori kali nie gune name ni la..

No comments:

Post a Comment